Tuesday, August 18, 2015

Muhasabah diri & sentiasa bersyukur

Haiii. Tenggelam timbul je aku ni. Biasa lah semua benda dah kena block kat ofis ni kan. Tak faham aku seriously tak faham. Lain lah kalau ada kerja yang bertangguh dek main internet je. Tapi zaman sekarang semua orang bijak kot nak kendalikan kerja dengan personal life. Amarah aku dibuatnya.




**********



Anak dara I sorang tu semakin besar. Banyak betul plan aku suami isteri untuk masa depan dia. Terutama dari segi kewangan. Dah ada simpanan dalam Tabung Haji & Asb juga. Asb aku ada tolak gaji bulan2 aku masuk ke Asb dia. Tak banyak sikit pun jadi lah. Yang penting duit dia makin bertambah In Shaa Allah.

Lasak sangat anak dara tu. Kuat betul 'mengemas' huhu.. Kadang2 cakap jugak dalam hati.... waa Naurah lasak sangat suka kacau mama, nak nangis pun ada. Haha! Tapi cepat2 pikir balik & mengucap bebanyak... Ini lah anugerah Allah, amanah Allah. Jangan mengeluh. Masih ramai lagi kat luar sana mahukan anak... Kat ofis ni ada yang bertahun kahwin belum ada rezeki lagi. Kadang tu kesian je tengok muka depa bila tiba time period >.<

Ada juga bila dah lekat tapi keguguran, even dah cukup bulan, tinggal tunggu hari je tetiba dengar cerita baby terbelit tali pusat. Sedihnya. Kita yang senang rezeki anak Allah bagi ni kena banyak bersyukur. Nikmat apa yang mahu kau dustakan lagi?

2 comments:

Liyana said...

comey nye anak dara ni :)

cik mah said...

Comel..aaa..azwa pun suka kemas..xpelah kan..ngah nk membesar n explore..