Monday, August 31, 2015

".... nanti sorang demam habis semua demam ...."

Cuti Merdeka baru2 ni aku balik kampung. Lama lepak kampung, semalam baru balik Kajang. Kat kampung biasa lah selalu je ada kenduri. Ahad tu, mak aku ada la pergi satu kenduri akikah ni. Tapi aku tak ikut pun. Nak dipendekkan cerita mak terjumpa sorang kawan aku satu kelas zaman sekolah rendah tengah kendong anak yang baru habis pantang. Kecik lagi la. Rapat jugak aku dengan member sekelas tu.

Mak tanya ;

"... dah dapat kerja ke Bedah (bukan nama sebenar) ? Nak hantar mana anak nanti ..."?

"... dah dapat kerja tapi tak taw la nak hantar mana anak. Sina hantar mana Naurah ..."?

"... Sina hantar nursery ... "

"... Ohh tak nak lah hantar nursery cik. Nanti sorang demam habis semua demam ..."

"... kalau macam tu tak payah lah kerja Bedah. Duduk je la rumah jaga anak ..."


Ptffff


Kahhhh.. Kau jaga lah anak kau. Duk rumah tu anak kau tak demam ye tak? Kat nursery / pengasuh kan berjangkit bagai. Aduhaiiii. Dalam masa tu memang tak kerja lah kau. Minggu depan start kerjanya. Lepas tu memilih bagai tempat nursery / pengasuh. Dah la baru grad, bukan senang nak cari kerja. Bila dah dapat kerja problem tempat ngasuh anak sebab tak boleh bercampur, takut anak demam. Zaman sekarang isteri2 memang kena kerja melainkan laki kau kerja gaji besar. Kalau laki gaji besar boleh la goyang perut kat rumah sambil jaga anak.

Nursery ke rumah pengasuh ke ada je pro & cons. Tapi macam tak perlu kot cakap.. nanti sorang demam habis semua demam. Demand untuk anak itu perlu tapi kena pada tempatnya. Sedangkan aku jaga Naurah kat rumah pun habis bintat kena gigit nyamuk, kalau kat school takde pulak bintat2. Nampak tak... tu mak nya yang jaga.

Ahaha amarah betul aku dengan statement dia tu. Kawan tak kawan.

2 comments:

Liyana said...

kdg benda camni pun nak argue kan.. tah pape.. klu ikut akk.. elok la anta nursery dr nyusahkan tok nenek nye jaga.. kang ckp2 belakang pulak hahhaha. iols mulut kejam sikit nasib ler haha

cik mah said...

Aaa...xbaik ckp mcm tu...semuanya ada buruk n baiknyer..dok.rumah xde kwn..kwn ngan ibu je..kat nursery ada kawan2..