Sunday, September 27, 2015

Bawak Naurah Ke Aquaria KLCC

Assalamualaikum.

Semalam untuk kali kedua aku pergi ke Aquaria KLCC. First time 4 tahun yang lepas kot zaman bercinta, berdating dengan suami. Surprise la kononnya beliau bawak aku kat sana masa tu. Hehe :') Kali kedua pergi semalam sebab dah ada anak ni lagi seronok bawak anak tengok fish. Almaklumlah anak aku sorang tu gilakan animals. Aku rasa macam nak buat mini zoo je kat rumah tu sebab Naurah terlampau suka dengan animals. Ok over!

Tapi tiket masuk mahal sesangat kau. Ntah celah mana yang mahal ntah kami berdua kena charge Rm92 + Naurah free. Tak taw la kalau sebab weekend. Tapi memang melampau sebab first time kami pergi dulu tak sampai pun Rm60 untuk dua orang. Kamu semua boleh tengok balik entry lama2 aku about 'Ke Aquaria KLCC'

Agak terkilan jugak sebab mahal sampai kami berdua cakap... last lah datang sini. Haha tapi tak merasa pulak adik2 Naurah yang lain nak tengok fish kat sini nanti. Tapi sebab dah sampai kami teruskan je, masuk je :)

Semua benda dalam tu.. ikan besar, ikan kecik, gamat, obor2 & semua lah habitat yang bersangkut-paut dengan ikan sama je macam 4 tahun lepas kami pergi dulu. Kejam betul review aku ni hikhokkk. Tapi Naurah suka je... terjerit2 sambil tunjuk fish fish kat mama abah. Dia seronok kami lagi la triple seronok dapat gembirakan hati anak. Gitu. Memang itu tujuan kami berdua nak bahagiakan hati anak. Alhamdulillah :) Ditambah suami aku jenis yang rajin melayan ragam kami berdua ke mana sahaja. Nasib baik tak dapat suami yang jenis kaki lepak kat rumah sambil hadap tv atau game. Bosan seyhh hahaha!

Cuma last2 Naurah agak mengamuk sikit.. biasalah time tidur dia. Tapi dalam ngamuk2 tu sempat lagi dia tunjuk big fish.. big fish.. terhibur kami suami isteri dengan teletah dia ;)

Gambar tak banyak sangat sebab more spend time dengan Naurah sambil perkenalkan hidupan air tu tak pegang pun gadjet. Tapi boleh je uolss layan gambar gelap kelam dari kami ni hehe...

1 comment:

Liyana said...

akk cukup la pegi sekali dulu.. faiq langsung x excited hahaha.. dok kejar escalator je keje nye.. dah la terowong tu pendek... bayar mahal so x berbaloi ahahah