Monday, September 14, 2015

Perihal Weekend

Semalam aku MC (Isnin). Pening kepala + gatal tekak & batuk2 jugak. Tak selesa betul dibuatnya. Loya pun ye jugak tapi tak pernah muntah2 lagi setakat ni. Angin kot? Hmmm...

Sabtu-Ahad lepas turn rumah in-law. So berkampung la aku kat Cheras dua hari. Tapi mil taw aku MC semalam duk call jugak tanya kenapa tak datang rumah. Padahal Sabtu Ahad nya dah berkampung kat sana. Makin pening pulak kepala ni rasanya T_______T

Ditambah2 menantu baru pun ada jugak. Meriah rumah. Aku dah cerita ke belum ye yang biras aku tu engineer, gaji besar tapi sebab tak sanggup nak pjj dia dah berhenti kerja lepas raya puasa hari tu, ikut suami. So dah jadi suri rumah sepenuh masa la dia kat Ganu tu. Patutnya kena tunggu 1 year kahwin dulu kot baru berhenti kerja. Takpe la suami dia pun engineer jugak, gaji mahal lagi so boleh je tanggung. Tapi macm seronok jugak la depa duk sana. Rumah dapat free sebab jawatan suami tinggi kan. Teres dua tingkat, duduk dua orang. Kalau aku dah mati kutu nak buat apa. Boring jugak biras aku tu cakap tapi nak buat camne kan. Nak on9 pun bukan kaki internet macam aku ni. Hihi... Ada jugak aku suggest suruh dia buat bisness on9. Tapi ntah la. Ehh termasuk pulak cerita hal rumah tangga orang :P Hahaha memang taw aku ni ! Bila dorang duk Ganu tu seronok je aku meng-order kepok lekor, kepok keping. Buat jamah2 minum petang aku laki bini nanti :) Next time Iolss nak kirim sutera batik Ganu pulak kot. Buat2 baju raya tahun depan. Ahaks!

Kebetulan adik ipar Iolls baru je balik Bandung. Belikan aku kain pasang dari sana. Haha seronok je aku dapat kain free. Boleh la buat2 baju raya :) Adik2 ipar aku ni memang baik2 je. Belikan aku kain last2 tengok untuk diri sendiri sepasang je. Aku kalau dapat pergi Bandung memang nak sangat shopping macam2. Bila ntah nak lepasnya... Dah lama jugak aim nak ke sana. Dapat kain lace ni woww betul ;) Bab2 kain ni aku suka.

Tu je lahhh cerita untuk weekend ni. Esok cuti Hari Malaysia duk rumah je lahh kot. Jerebu makin kuat sekarang ni. Risau je aku dengan budak kecik tu.

1 comment:

Liyana said...

hehehehe akak mampu gelak je bab kenapa x dtg rumah ekekekekke