Thursday, September 24, 2015

Raya Aidiladha Yg Sederhana

Selamat Hari Raya Aidiladha uolls. Mohon maaf zahir & batin :)

Tahun ni aku raya haji kat rumah mertua kat Cheras. Sebab raya kat KL #teamrayaKL so tak ambil cuti pun aku. Hari ni (Jumaat) dah masuk kerja semula. Mengamuk je laki aku. Dia kata kalau kat belah dia selalu je aku macam tu. Habis tu dekat je kan Cheras, hampir tiap weekend pulak balik jenguk2 in laws. Cuti pun dah tak berapa ada.. aku kerja lah hari ni. Haha berangin je dia. Aku kerja hari ni, Naurah aku bagi tinggal ke dia. Tiba2 rasa bersalah :( Tu la dia perempuan, hati mudah nau tersentuh. Sobbs!

Actually aku rindu raya kat rumah. Suasana kampung. Mak pulak rajin masak macam2. Huhu! Tapi takpe la :)

Raya haji ni outfit biasa2 je. Wekkk! Huhu! Aku dah lama beli satu jubah ni. Tapi biasa lah orang tak berapa nak tinggi ni memang wajib potong kaki jubah dulu before pakai. Aku malas nak potong kat sini sebab mahal kemain. Paling last aku potong jubah hari tu Rm15. Selalu Rm10 pun dah mahal. Baik suruh mak aku potong lagi double jimat. Tu yang nak pakai baju lain, godek2 almari, terjumpa lah baju yang sekali dua je pakai. Nak dijadikan cerita beli baju ni, beli jugak untuk Naurah nak kasi sedondon. Tapi Naurah tak pernah lagi pakai sebab labuh sangat bahagian tangan. Kebetulan suami nak pakai baju melayu warna merah cair yang dua tahun lepas punya. Haha ngam la tu merah sedondon weolls di pagi raya. Gitu :) Tapi kan semua ingat aku tempah baju Naurah tu... haha takde maknanya. Beli je yang dah siap! :)

Itu je lah serba-sedikit pasal raya semalam. Cerita kosong je.

Tak sabar nak balik kerja hari ni. Nak belanja suami makan sedap2. Konon nak pujuk letew :) Siapa tak sayang suami oii !

No comments: