Wednesday, October 7, 2015

Buku Ting Naurah! Yeayy :)

Aku kat Maybank ni uruskan Asb dak Naurah. Tahun lepas buat Tabung Haji bila dah genap usia 6month ++ dah layak buat buku Ting a.k.a Asb. Untuk bebudak bawah 18 tahun kita panggil Ting. Nak buat buku ni bukan senang taw. Maksud aku bukan senang tu nak kena isi borang segala. Banyak gila. Iolls paling tak suka sebab leceh huhu.

Orang kat sebelah aku ni pun nak masukkan duit Ting kat anak dia. Hehe terskodeng pulak. Rm 150. Opss terperasan ok :P Bagus orang2 sekarang ni banyak kesedaran nak menabung untuk anak2. Masuk sikit2 pun takpe jangan tak ada untuk masa depan anak ye tak? :) Cuma kalau aku suka masukkan banyak sekaligus 500, 1k ke.. senang. Cepat sikit naiknya hehe..

Tapi sekarang aku rajin guna cimb clicks terus ke Asb. Cuma ada singgit la cas nya. Aku pun ada tolak bulan2 masuk ke akaun Ting Naurah. Tapi tak banyak mana pun sebab mak aku pesan nanti adik2 Naurah pun kena buat benda yang sama jugak. Kalau singgit nak masukkan ke akaun Naurah, singgit jugaklah kena masukkan ke akaun adik2 nya yang lain. Gitu. Sebab aku nak beranak beranak lagi so tak boleh banyak2 sangat k nak tolak gaji bulan2. Kang adik2 yang lain nak jugak. Pengsan mama huhu.

Sikit2 lama2 jadi bukit :)

Aku nak bagi tips sikit kalau sapa2 nak buat buku Ting untuk anak2 :
1) Bawak anak punya surat beranak yang original.
2) Ic penjaga (mak/ayah) macam aku pergi tadi ic aku je lah. Original juga.
3) Isi segala borang yang dia bagi.

Itu je pun. Tak payah pun nak buat copy segala macam. Bawak dokueman yang original je macam aku bagitahu tadi :)

Tapi buku TH Naurah tak update2 lagi tu. Masuk duit pun tak. Boleh ke kalau tak berusik akaun TH untuk jangka masa yang lama? Ke nanti kena tutup akaun tu. Iolls confius.

No comments: