Wednesday, November 4, 2015

Pregnant women always happy :)

Malam tadi aku keluar dinner dengan family-in-law. Sister-in-law belanja makan besaq hehe. Kenyang perut suka hati kami malam tadi. Baby dalam perut pun ikut berdondang sayang :) Adik ipar aku sorang ni kerja kat Air Asia. Murah rezeki dia, OT banyak even basic gaji sikit tapi OT memang melambung2. Ahad pun kerja. Yelaa bujang kan, apa nak buat lagi. Adik ipar perempuan taw. Teringat masa aku bujang dulu duit gaji riban2 jugak boleh simpan. Yelaa nak buat apa lagi. Kadang turun makan, kadang dok diam je kat rumah sewa. Aku banyak buat saving dulu. Tapi sekarang banyak perabih pada anak. Tapi takpe aku seronok je dapat buat segala2nya untuk anak. Jiwa rasa tenang. So tak kisah pun habiskan segala benda untuk anak. Gitu :)

Ok berbalik cerita dinner tadi, dalam kereta dok borak kosong dengan husband. Sementara Naurah tak kacau sebab dia dah lama nyenyak tidur. Aku cakap kat husband lepas beranak no 2 ni aku nak kembali lawo2. Nak beli jeans baru, nak mekap cecantik depan dia. Nak wangi2 segala. Hari tu kononnya lepas Naurah besaq macam sekarang nak kembali macam bujang2 dulu. Tapi tak sompek sebab dah pregnant again. Hahaha! Subur sangat siot! Alhamdulillah :)

Tu yang lepas ni nekad terus nak lawo2 kembali. Bukanlah sekarang tak lawo, cuma tak dapat sangat nak melaram memandangkan besaq kat bahagian perut. Aku ni haa asyik pakai skirt je. Mana baju yang dan dengan perut je aku sarung. Lawo tak lawo belakang cerita. Lantokk situ.

Tapi orang pregnant tu seksi kan? Hehe...

1 comment:

Illya Farhana said...

Memang seronok di alam mengandungkan zuriat ni... Suami dan keluarga memg take care habis pada kite.. Tahniah kerana bakal menimang cahaya mata kedua...