Monday, November 2, 2015

Shopping saja :D

Assalamualaikum...

Sejak dua-tiga bulan ni aku main belanja je ikut suka hati. Tak pikir nak saving ke... kedeng kedeng ke.. Hehh! Pembawakan kali ni lain macam sikit kot. Tak semestinya pun beli baju tapi benda2 dalam dapur pun rajin nau aku tukar.

Hari tu beli bekas rempah-ratus kat Groupon. Saja2 nak tukar bagi cantik sikit mata tengok. Tadi baru sampai. Puas hati hihi :) Lepas tu dapat emel yang Sometimes nak reject beberapa beg pun aku beli. Alaa benda reject pun still lawa lagi :') Paling2 pun benang tetas je kot hehe.. Dapat lah aku beli beg Soho warna merah. Memula aku kureng dengan beg ni tapi bila tengok orang pakai alaaa cantiknya terus jatuh cinta. Kalau kat badan orang tu baru nampak kot lawo. Kalau sendiri nak pilih tak lawo saja. Teringin jugak nak beli Sofina 3 tapi tetiba rasa muak dengan design tu. So tak sabarlah nak tunggu my new Soho. Hee.

Tak lupa jugak semalam aku beli baju doraemon dak kecik tu haha. Saja2 je :D

Pagi tadi breakfast drive thru McD. Huhh gilo betei.

Semalam makan nasi arab. Paling2 Rm 50 jugak duit melayang. Dengan kebab kambing pun aku order. Kesudahan tak makan pun.

Apa ntah lagi aku beli tanpa pikir panjang.

Tapi yang syoknya hutang2, ada yang belum bayar lagi. First time taw aku berperangai begini selalu dapat je gaji terus menderu bayar hutang.

Dah siap2 WhatsApp husband mintak duit belanja kalau tak cukup bulan ni. Beliau kata ok. Hari2 beliau akan bagi duit belanja.

Alhamdulillah masih ada yang sayang :)

No comments: