Tuesday, December 8, 2015

24 weeks adik Naurah :)

Assalamualaikum.

Diam tak diam sebenarnya dah 24weeks usia baby dalam perut ni. Bersamaan dengan 6 bulan. Woahh macam tak percaya je secepat ini baby membesar. Tup tup nak bersalin plak nanti. Perasaan takut, suka, exicted semua ada. Time pregnant kali ni banyak beza dengan pregnantkan Naurah dulu. Ntah2 boy kot kali ni. Not sure lah sebab bila scan tak berapa clear. Cuma naluri keibuan aku tu macam lelaki je kali ni. Macam lah :)

Baby kali ni tiap masa menendang. Masa Naurah dulu macam malu2 sikit dia nak tendang kita. Kadang2 siap kena pujuk dulu baru dia nak bergerak. Dah tu perut kali ni alahai comel je. Tak besar mana pun. Time Naurah dulu 4 ke 5 bulan tu dah melebar gegila perut + punggung + muka. Semua lah besar. Kali ni cenonit je sampai masuk 5 bulan hari tu ada yang baru taw aku pregnant. Haha kecik kan? Itu je la yang paling ketara perbezaan dua anak yang aku kandung. That's why aku agak2 kali ni lelaki. Tapi macam tak jugak sebab masa Naurah dulu tak pernah nak loya2, muntah2. Kali ni pun smooth je perjalanan preggy aku. Takde mabuk2 bagai. Boleh jadi girl jugak. Ke aku jenis 10kali ngandung tapi takde simptom2 mabuk tu semua? Kalau ye Alhamdulillah :') Apa2 pun janji baby & aku sihat2 sahaja :)

Menjelang 6 bulan usia baby dalam kandungan ni aku belum lah lagi prepare apa2 untuk dia. Konon dah pro la tu! Chehhh boo sikit! Bila mengenangkan balik macam kesian je tak kena layan macam anak sulung dulu. Tapi ketahuilah aku actually so excited menunggu baby kali ini :) Sama je kasih & sayang antara dua anak ini :)

Cuma aku nak mintak pendapat dari sapa2 lah apa yang perlu aku beli untuk baby kali ini mengenangkan barang2 Naurah ada lagi. Cuma Naurah girl, mana taw baby kali ni boy pula? :) Nak berjimat-cermat aku mintak pendapat dari semua yang berpengalaman.

Terima kasih :)

No comments: