Tuesday, February 23, 2016

Kena Samun

Assalamualaikum,

Kurang dari 2minggu lepas aku kena samun kat depan gate school Naurah. Nak dipendekkan cerita kat kawasan tu memang dah hot cerita pasal samun, ragut, pecah rumah, etc... Before ni ada jugak parents yang dah kena samun. Tapi nasib masih menyebelahi diorang, beg pam susu yang dapat ambil. Berlainan dengan aku satu handbag kena samun.

Penyamun orang melayu ok. Misai tebal, ingat lagi sampai sekarang muka orang tu. Bila sebelum ni banyak cubaan2 macam ni terjadi, aku memang akan kunci kereta time hantar Naurah. Sebelum ni memang tak kunci & dalam keadaan enjin on aku hantar Naurah. Nasib jugak aku matikan kereta kalau tak dengan2 kereta habis lebur.

Lepas je hantar Naurah aku masuk dalam kereta & sepantas kilat tiba2 ada orang tahan acu pisau kat aku. Mintak handbag. Aku raba2 handbag & nak bagi wallet je tapi dia nak satu handbag tu. Redha je lahh, aku pun bagi. Sebab dia dah ugut nak cederakan aku. Time tu memang takde orang langsung. Yelahh lagi2 time school holiday memang sunyi la kan.. Aku pulak dikira mak yang terawal hantar anak ke school memandangkan tempat kerja punya la jauh sampai rasa nak pengsan dibuatnya kalau jem. That's why memang wajib hantar anak awal pagi.

Aku perhati je orang tu sampai ke motor dia. Sebab tu aku boleh cam muka dia bulat2. Aku masuk dalam school Naurah & bagitahu teacher dia
aku kena samun. Pinjam hp teacher & call husband. On the sport suami datang & kami buat report polis.

Tapi report2 pun apa je polis boleh buat kan. Sekadar keterangan gitu2 je la untuk buat ic free... bla bla... untuk nak dapatkan penyamun & barang2 aku yang dah hilang memang kirim salam sahaja ye. You know la polis buat kerja macam mana -_____-"

Barang2 yang hilang termasuklah

- Cash RM 80
- Ic, My Kid Naurah, Kad nikah, kad Maybank / Cimb
- Handbag (mama mertua bagi beli kat Indon. Huu)
- Hp Samsung A5

Tu je kot yang penting2.

So, seharian la aku gunakan masa hari tu untuk buat segala benda - macam yang telah disamun. Turun naik Putrajaya settlekan itu ini dengan keadaan aku yang sarat 33weeks time tu.

Sedih sangat orang perlaku aku sebegitu, orang melayu pulak tu. Sampai hati nak menganaya orang lagi2 yang tengah sarat mengandung & perempuan. Takpe, aku redha. Itu urusan kau dengan Allah pulak lepas ni. Kat dunia mungkin terlepas kat akhirat macam mana?

***************

Lepas ni dalam entry2 mendatang aku nak share pulak tentang perasaan aku pada school Naurah & semua benda yang berkaitan la dengan tragedi yang berlaku pada aku ni. Apa yang buat aku terkilan sangat2. Hmmm :(

Dan artikel ni amat menarik perhatianku. Ada betulnya. Jom kita muhasabah untuk lebih perbaiki diri. In Shaa Allah.



No comments: