Wednesday, March 16, 2016

Alhamdulillah, selamat bersalin ;)

Assalamualaikum guys!

Aku sekarang ada kat Hospital Jempol sebab anak bongsu (setakat ni) Iolls admit sebab kuning. Anak aku ni kan tak pernah tak kuning since Naurah sampai la adik dia ni mesti warded sebab kuning. Ehh ke stress sann aku lahh.

Ohh ya aku dah selamat bersalin anak kedua, 5 hari yang lepas. Alhamdulillah :')

Btw, takde siapa pun yang taw aku dah bersalin ni. Ehh jangan kata bersalin je takde siapa yang taw. Aku pregnant 2nd time ni pun takde siapa sangat taw :P

Aku just inform kat kawan2 ofis je yang aku dah beranak. Tu pun sebab nak bagitahu untuk cuti bersalin. Haha! Kawan2 lain nanti lah Iolls update ye.

Busy sesangat bila beranak dua ni. Lagi2 dengan Kak Long Naurah yang super-duper lasak. Waaa menangis jugak aku. Gambar baby boleh kira berapa kali je aku snap and tak sempat lagi nak masuk ig, fb bagai. Tak macam Naurah dulu semua moment aku snap & simpan untuk kenangan. Aduhaii sian baby.

Story tentang bersalin for second time ni nanti aku cerita kalau sempat!




2 comments:

Dhiera nadhirah said...

tahniah

racida said...

congrats budak rumah. aish. dah dua anak ko aku tetap x kawen lagi. kena mulakan operasi paksa memaksa ni,