Friday, March 25, 2016

Pantang & boring

Assalamualaikum

Hari ni pantang day 13. Ya Robbi nak habiskan 44 hari tu memang bercinta sesangat. Serba tak kena dibuatnya. Kang dah masuk kerja rindu pulak kat anak. Alahaiii :( Sekarang kepala aku ligat macam mana nak manage dua anak ni dari segi macam2. Sama ada nak hantar dua2 pergi school atau tinggalkan kat rumah in-law je ke... Sebab hari tu memang dah janji dengan mil nak hantar kat rumah je. My mil lagi lah suka dengan cucu2. Aku bukan apa, kisah aku disamun tu masih terngiang2 lagi dalam kepala. Seram mak ;(

Kang tak hantar si baby kat school takut mil tak pandai nak bagi susu ebm. Hmmm. Dengan Kak Long Naurah yang geram dengan adik 24jam. Waaa yang ni nak nangis aku. Sayang tu memang dah sayang si kakak.. tapi kerja nak geram ke adik je. Nak genggam tangan adik, kaki, kepala. Alaaa... adik dah la halus je. Tak memasal kita kena duk hadap adik 24jam je haaa. Buat rasa tak sabar je nak adik baby cepat besar. Hmmm!

Lagi satu pantang mom macam aku ni kan tak boleh tengok makanan langsung. Semua benda teringin... nampak roti sardin bodo2 pun nak. Agar2 pun nak jugak. Alahaii apa kebenda la??!! Last2 apa resipi yang lalu kat Fb aku semua aku share kat husband punya page. Siap dia komen lagi ".... hari2 sayang share makanan je ni ...." Haha! Padahal aku malu nak share kat Fb sendiri.. hihi... tapi memang azam lepas bersalin ni nak masak macam2. Especially bab dessert.

Dan sebab husband weekend je balik jenguk aku & anak2 apa lagi main order je lahh macam2 ke dia. Hihi.. ambil kesempatan pulak. This week selain barang keperluan dapur, aku dah mintak tudung #nealofarhijab ke dia.. siap print screen gambar jenis macam mana aku nak. Dan setakat ni husband layankan je. Maybe dia rasa terharu aku dah beranak sepasang untuk dia kot. Kahh! Dan next week punya barang pun aku dah siap2 mintak handbag. Hihi...  Over okehh!

List makan yang nak sangat kat tekak ni termasuklah :
. Dip & dip
. Boat noodle

Dua ni paling2 nak! Nyumms!


2 comments:

Lya Amie said...

Haha sabaar, habes pantang nanti telan semuanyaa

Liyana said...

akk bary tau awk dah bersalin. hewhew. ketinggalan ketapi kekdahnya! hahaha
selamat berpantang naaa... haru biru x dah sepasang? hehehehehe