Tuesday, April 19, 2016

Buat kuih joms! (Request my husband)

Assalamualaikum

Lebih kurang seminggu je lagi nak habis pantang lepas tu hora horey la aku hihi.

Hari ni suami Iolls balik jenguk isteri & anak2. Siap bawak coklat sebanyak-banyak nya. Ntah bila kala pulak aku penggemar coklat ni. Confius sekejap.

Malam sebelum tidur, tetiba suami tanya bila aku nak buat kuih untuk dia? Haha apa pasal la tetiba mintak kuih dari aku ni. Pikir2 balik aah la mana pernah sejak kahwin aku buatkan kuih untuk suami kecuali kuih jemput2, cekodok pisang. Haha kuih2 gitu pernah lah. Macam kuih keria ke kuih apam ke mana pernah.

Jangan kata kuih, nak masak pun jarang2 je aku ni. Maafkan isterimu yang sibuk bekerja ini. Sobbs! Lepas tu terus berazam lepas naik kerja ni nak masakkk hari2. Memandangkan dua2 anak suami yang akan jemput & hantar nursery. So, tak singgah mana2 la aku. Terus pergi & balik kerja. Awal sikit dapat lah masak gitu.

Dan dimulai dengan nak buat kuih every weekend kot. Tak janji tapi den torai huhu.. :D

No comments: