Tuesday, May 17, 2016

Borong sambal

Assalamualaikum

Semalam balik kerja Naurah peluk2 cium2 aku satu muka. Habis lencun muka mak. Tak mintak dicium tak mintak dipeluk pun tapi beliau yang datang beriya kat aku. Aku syak Naurah rindu sangat kat mama dia. Yang si adik pulak pandang je muka aku tak berkelip. Rindu nenen letew haha! Syahdu ok satu hari hantar anak2 kat orang tapi apa kan daya......
Moga pandai berdikari anak2 mama nanti :)

Sekarang kan aku perasan macam banyakkkkk sangat orang jual sambal. Sambal ikan bilis ada, sambal hijau ada, acar ikan masin, acar buah... semua ada lah.. Dah la aku pantang jumpa sambal terus rasa mengidam. Tup tup tetiba beli 3 botol terus. Melampau kau T___T
Dah dapat sambal dengan tak sabarnya terus bukak dalam kereta time balik kerja. Pedas menggila bak hangg wehh. Sampai sakit dada dibuatnya. Tapi rasa biasa2 je kot macam yang tak seperti ku fikirkan. Tu laa tamak nau beli 3 botol terus. Tetiba terfikir better buat sendiri je bukan susah pun kan. Ciss! Tapi ok2 je lah makan dengan nasi. Malam ni nak buat nasi goreng je. Dah ada macam2 sambal tu sodap jugak tu.

No comments: