Monday, May 23, 2016

Husband tolong jaga anaks

Assalamalaikum

Memula aku nak warning ehh blog aku sekarang memang aku tak upload dah gambar2. Kalau nak jugak stalk aku anak beranak boleh pergi kat ig sanun bersepah gambar bebaru :)

Hasina89

Almaklumlahh aku update entry semua pakai fon dah sekarang. Mana lagi pakai pc memandangkan segala bagai dah kena block kat ofis ni. Kuasa mak nak edit2 gambar kat hp lepas tu nak upload pulak. Nak taip cerita ni pun berzaman nak tunggu siap. Mana tak nya jari godang hp kecik. Hehh!

Tu pendahuluan ke mengadu nasib tu -___-"

Malam tadi Naurah badan dah start dedar2 macam nak demam. Tetiba husband offer nak jaga anak2 hari ni. Aku pun eh iye ke ni? Garu2 kepala macam tak percaya nak jaga anak2 kecik lebih2 lagi Ilyas. Tapi ok kan je laa padahal aku pun boleh je ambil cuti untuk jaga diorang. Cuti aku banyakkk lagi no hal la.

So hari ni suami jaga anak2 kat rumah. Call2 tengah bagi susu kat Ilyas. Haha pandai husband panaskan susu yang aku pam semalam. Jangan sakit perut sudah. Lepas tu tanya pasal Naurah dah ok ke demam. Dah sihat katanya siap lari2 lagi. Amboi sangat.. nak abah dia jaga letew. Mentang2 sekarang abah beliau yang jemput & hantar pergi school, asyik nak abah je ehh. Sendu mama taw -_-

No comments: