Monday, May 16, 2016

Mak beranak dua dah masuk kerja

Assalamualaikum

Aku dah masuk kerja last week. Pejam celik je dah 2bulan budak debab tu. Iye anak bongsu aku tu memang debab sekarang. Lahirnya cenonit ngat tapi membesar bagai juara kat luar. Alhamdulillah.

Baru taw rasanya macam mana jadi supermom. Whoahhh! Pernah la 2 ke 3 kali Naurah buat hal tak nak dengar kata, dia nangis dengan2 aku jugak nangis. Nangis bukan sebab apa... sebab penat sangat rasa. Wuu itu lah pengorbanan kan. Kadang tu tengok rumah macam tongkang pecah laju2 je ngemas. Tak nak lah nampak buruk depan mata suami :) Tak nak la jugak bagi alasan anak dah dua sebab tu rumah bersepah tak sempat nak ngemas. Buruk bebenor ghupenya.

Ilyas masih fully susu badan. Aku ada masalah pasal susu. Asal beranak je pening nak manage pasal susu. Time Naurah dulu susu melimpah-ruah, rajin buat stock. Memang banyaklah stocknya tapi buang camtu je sebab tak pandai nak simpan macam mana. Yang Ilyas ni tak nyempat nak pam susu sebab kadang tu Naurah buat hal. Kacau adik... belum masuk tiba datang tantrum dia lagi. Pengsan mak nakkk. Last2 nak masuk kerja baru la pam. Tu pun cukup2 je. Bila la aku nak pandai manage susu ni huhu...

Sekarang ni dua2 anak husband yang hantar-jemput school. Mak tak larat dah. Udah ler rumah tinggi nak angkat 2, 3 beg memang pengsan ler. Lega sikit bila pagi2 tu kan terus pecut pi kerja je. Dan tipu la kalau rasa tak sedih hantar dua2 anak ke nursery. Rasa rindu sayang semua ada tapi apakan daya mama kena kerja. Nak jadi surirumah memang taklah.. lagi pun muda lagi (umur 27 tu muda kan kan)
Rasa sayu sangat bila angkat Naurah / Ilyas seawal pagi yang boleh, time diorang masih tidur lagi bawak masuk dalam kereta nak hantar nursery. Hati mak mana yang tak syahdu mengenangkan semua tu :( Semoga kamu berdua faham bila dah besar nanti.

No comments: