Tuesday, May 31, 2016

Rutin mak dua anak :)

Assalamualaikum

Kurang dari seminggu lagi kita nak puasa. Aku harap sangat time puasa nanti susu tak drop & masih melimpah-ruah. Amin..

Sejak 3 - 4 bulan ni kan kerja aku nak menyopping aje. Apa je nak beli takde pikir2 panjang main sebat aje haa -___-"! Tak sabar nak tunggu next bonus nak ganti balik duit2 yang terlebih guna tu. Ahakss! Teringat time beborak dengan mak mertua aku.. time tu ma bercakap dengan anak2 dia..

.... simpan2 duit bebanyak lepas tu meninggal dunia langsung tak dapat guna duit ....

Kahhhh! Ke situ pulak perginya. Tapi ada betulnya juga ek :)

Alhamdulillah makin lama makin pandai manage dua anak sekarang. Semua atas bantuan husband juga :) Part paling lega bila husband yang jemput & hantar anak2 ke nursery. Aku pun tak pening2 kalau jalan jem ke... balik lambat sebab meeting ke... lega!

Balik je kerja lepas susukan Ilyas, tukarkan pampers. Tuam2 sikit tang ' dia punya '
Hmm Ilyas ada angin pasang sejak lahir lagi. Nanti aku story kat entry lain ye.

Lepas settlekan Ilyas baru aku tung tang masak. Sementara tu Naurah kena bagi tengok Upin Ipin dulu. Dan buatkan dia susu juga. Memasing dah reda, husband mandi. Kadang2 aku tidurkan Ilyas awal baru masak. Sebab dua2 anak aku memang jenis senang nak tidur + tidur awal. Sonang den! Hehh!

Bila dua2 dah tidur baru start kemas baju diorang untuk pergi school esoknya. Basuh baju & kemas2 sikit dapur.

Pepagi esoknya baru sidai kain. Aku bangun seawal jam 5am. Alhamdulillah takde la rasa mengantuk ke penat2 ke.. maybe sebab dah terbiasa. Iron baju nak pergi kerja, siap2kan susu Ilyas dalam botol nanti senang teacher ambil & panaskan je. Kejutkan husband, mandi, solat. Dah siap2 semua aku bawak Ilyas ke ruang tamu. Tukarkan pampers & last sekali bagi susu kenyang2 before hantar ke nursery. Dah kenyang susu, dukung Ilyas, ambil beg & bawak ke kereta husband. Sementara husband pulak dukung Naurah. Then aku pergi ke kereta aku terus laju2 ke ofis. Gitu lah hari2 :)

Setakat ni saya gembira dengan kerja sebagai mama kepada dua anak :) Takde sangat letih ni aku syak aku amalkan Shaklee since pregnant + berpantang & menyusu. Alhamdulillah bertenaga :)


No comments: