Friday, May 27, 2016

Sikit2 persiapan raya! Yeyy!

Assalamualaikum semua

Uolls semua dah beli baju raya ke? Aku dah buat baju raya since dalam pantang lagi. Ambil je baju contoh & hantar tukang jahit kat kampung sementara kain pasang ada banyakk tak berjahit. Semua kain pasang aku yang tak berjahit aku jadikan baju raya. Mahal tak mahal, mewah tak mewah lantak situ. Yang penting baju bertukar. Kahh! Ada lah dalam 5 pasang baju tapi 2 pasang dah pakai bawak pi kenduri. Haha so tinggal 3 pasang. Jadi lahh.. Hujung2 puasa nanti aku tak pikir pasal baju dah. Yeyy selamat duit bonus! Hehe..

Yang lain2 pasal raya. Hmmm

- Kasut : Tak payah beli sebab dah ada 2 pasang kasut baru tapi dah pakai. Aci tak buat kasut raya terus? :P

- Handbeg : Settle juga. Pakai beg Niko2 terus.

- Tudung : Dah ada banyak tudung nealofar. Lepas tu kan aku pi mana2 ada je kiosk naelofar ni. Kat sebelah kedai husband, Big Aeon pun ada. Ni haa tadi time lunch jalan2 kat SaccMall pun ada juga. Ehh apehal kat semua tempat yang berdekatan dengan aku ni ada. Belum masuk lagi adik aku yang everyweekend pergi butik naelofar kat Ttdi tu. Rajin je tangan dia nak WhatsApp tanya nak tudung mana. Aduhhh fengsan duit makk.

Baju melayu husband pun dah settle. Ilyas pun dah ada 3 pasang. Naurah belum ada lagi.

Haha tu je nak update pasal raya yang lambattttt lagi pun sebenarnya. Aku sorang je yang excited nak celebrate raya dengan dua orang anak :')

Bye!

No comments: