Wednesday, June 22, 2016

Puasa 2016

Assalamualaikum & selamat berpuasa :)

Hari ni dah puasa ke 17 eh.. So far so good lah berpuasa kali ni dengan ditemani suami & anak2. Dulu masa awal2 beranak yang no dua ni pening pikir nak manage macam mana. Rupanya ok2 saja. Time sahur pukul 5 pagi tu dah bangun dah baby. Lepas siap2 aku bersahur baru bagi baby kenyang2 susu. Senang hati rasa nak tinggalkan baby bila dah sendawa besar tew. Hehe!

And lucky me juga, husband jenis senang sangat time puasa ni. Makna senang macam berbuka je lahh apa2 pun asalkan ada air tebu kat sebelah. Haha! Iyee suami saya bukan jenis makan banyak2 tew. Dapat air dua tiga cawan dah ok kot. Kadang2 nak makan nasi kadang2 tak nak. Makan pun secoet je. Kalau bersahur pun gitu.. takde nasi pun tak apa.. makan roti, air teh o atau biskut dah memadai :) Haha suka sangat nak bagi isteri dia releks2 :)

Dan dah separuh puasa ni boleh dikira je aku berbuka puasa kat rumah. Selebihnya berbuka dengan in law.

Apa je kuih wajib korang time puasa?
-- Iolls suka badak berendam :P

No comments: