Wednesday, July 13, 2016

Selamat Hari Raya! 2016

Assalamualaikum

Pejam celik je dah raya kesembilan hari ni :) Rasa rindu pulak nak puasa lagi. Bangun sahur awal2, goreng telo or apa2 yang patut - susukan Ilyas - pergi kerja awal pagi - balik kerja singgah rumah in-law untuk berbuka. Tup tup tetiba dah raya haha!

Bila dah raya ni kena manage masa balik. Bangun pagi lambat sikit pun takpe. Petang balik kerja kadang2 masak kadang2 tapaw. Hmmm!

Dan merasa lah aku beraya dengan dua anak yang tengah melasak. Nak sedapkan hati, takpe penat sekali je nak besarkan dua2. Nak beranak lain2 kena ambil gap lamaaa lagi :P

Dan macam biasa jugaklah aku dengan husband dok gaduh nak balik raya mana satu! Even dah ada sistem giliran tapi tak dulikk kampung aku harus lama2 eh. Kalau tak aku sentap di pagi Syawal. Gitu barannya si isteri T___T

Macam biasa jugak tema pun ala kadar je lahh. Biru pink. Boleh stalk ig aku :D

Apa lagi ye nak update? Hmmm. Ohh ya macam tahun2 lepas baju raya aku anak beranak memang wajib meriah & berpasang2. Memang pesen aku tukar2 baju. Sampai ke anak2 baju 5, 6 pasang sorang. Hehe! Yang sendu sikit baju suami je. Cuma aku kurang suka baju yang mengerlip2, cukup sekadar baju cotton corak2 bunga ke.. senang nak singsing baju basuh pinggan kat dapur. Haha!

Btw, Selamat Hari Raya uolls. Mohon maaf zahir + batin. Halalkan makan minum. Ehh?!

Dan selamat collect duit raya walaupun duit raya anak2 Iolls kurang memberangsangkan tahun ni tapi tetap bersyukur :)


1 Syawal, 2016 :)



1 comment:

Liyana said...

auww! berseri2 uols. akk sendu je tahun ni hahaha