Wednesday, August 31, 2016

Merdeka ke Cameron Highlands!

Assalamualaikum,

Semalam 31 Ogos uolls pergi mana je? Aku asalnya takde plan nak ke mana2 pun. Paling2 busuk ingat nak pergi Bangi cuci mata. Tetiba pagi semalam molek sangat dua beradik tu bangun awal before pukul 7pagi. Selalu Naurah bangun 8-9. Semalam awal. Apa lagi tingg mamanya berfikir nak pergi Cameron. Bagitahu husband terus on je dia. Salah satu yang best tentang husband Iolls ni adalah rajin bawak kami jalan2. Tak kira jauh dekat rajin je beliau ikut tak merungut apa pun. Alhamdulillah, terima kasih sayang ;)

Tak lengah masa terus siapkan anak2. Awal pagi jugak gerak, singgah breakfast sekejap kat Rnr Tapah. Best Rnr Tapah ni sebab besar gila.

Sampai sana dalam pukul 12 jugak lah. Hujan renyai2 je kat Cameron. Tapi still ok lagi.. Pergi pasar macam biasa borong strawberi je lebih. Tapi aku bukanlah pencinta strawberi sangat. Beli cukupkan syarat je dah sampai sana. Macam biasa pergi ladang strawberi jugak. Yang menarik perhatian aku strawberi coklat je lahh pun. Pergi ladang teh jugak, beli lahh teh sekotak.

Balik dari sana beli durian 2biji. Alahai sodap ehh durian tu. Tak cukup rasanya. Suami isteri pencinta durian lah katakan...

Itu je lahh cerita semalam kami. Saja nak gembirakan hati anak2. Memang kebiasaan kalau ada cuti aku suami isteri rajin bawak anak berjalan even mandi swimming pool bawah rumah. Nak ganti balik weekday yang kerja kerja kerja kami tanpa ada masa untuk anak2. Sobss!

Kadang2 tengok orang susah terus rasa bersalah.. Ada lagi yang lebih susah dari kita.. Jangankan orang yang susah nak pergi Cameron, nak pergi mall pun tak mampu. Terus insaf, jom beristiqomah...

No comments: