Saturday, September 3, 2016

Update di malam minggu

Assalamualaikum,

Jarang2 ni nak update waktu malam. Sabtu pulak tu. Hehh! Mengenangkan dua2 anak dah lama tidur rajin pulak aku menaip. This week lepak2 rumah tak tidur rumah in-law pun. Apa yang aku praktikkan lepas kahwin dulu, minggu ni turn rumah in-law next week turn mak aku pulak. Then 2weeks berturut2 dok lepak rumah sendiri menjadi uolls. Dah terbiasa, husband pun layankan je lahh kot. Haha! Yeyy!

Malam ni aku masak mee goreng basah pedas je. Setakat ni mee aku memang paling win. Sodap hingga menjilat jari haha angkat bakul sendiri nampak :P

Btw, nak sambung update pasal anak2 lahh. Ada orang menyampah ke? Hee

Naurah hari ni ada batuk2 + selsema pulak. Iyee budak2 memang orang kata selalu dapat jangkitan semua tu. Tapi macam aku yang cerewet bab menjaga anak2 ni semua benda kena ambil berat. Hari2 dok berzikir kat Naurah suruh jaga kebersihan. Tapi dia macam kecik lagi je nak terima segala apa yang mak dia pesan tu T___T Dan aku paling sensetif kalau anak2 aku sakit :(

Ilyas pula. Hampir semua kawan2 tak taw yang anak bongsu aku tu baru je lepas operate 19 Ogos baru2 ni. Minor operation sahaja, angin pasang / hernia. Syahdu ok masa masuk dewan pembedahan & tengok dengan mata kepala sendiri anak kecik aku tu dibagi bius sampai tertidur. Bahasa kampung dipengsan kan. Perghh pengalaman sangat.

Semoga anak2 aku baik2 sahaja dunia & akhirat. Amin.

Ok sambung lipat kain.



No comments: