Sunday, October 30, 2016

Akikah Anak

Assalamualaikum,

Finally settle jugak buat buku Ting Ilyas. Buku Tabung Haji hari ni aku kerahkan pak nya pi buat. Dan dah start jugak tolak gaji aku bulan2 ke akaun Ting Ilyas. Naurah dulu pun start awal, besar2 Ilyas dalam 7bulan dah tolak gaji. Lega rasa hati. Ada jugak inisiatif nak simpan duit untuk anak2. Tak banyak pun takpee janji ada :)

Tapi aku rasa Naurah banyak sikit duit dia since lahir sebab dia buat akikah awal. Time potong jambul orang banyak sedekah lagi. Adiknya belum ber akikah lagi hoi... Serba-salah mak kau nak. Yang mak aku pun dah banyak kali bertanya bila nak buat bila nak buat.. Takde plan lagi kami suami isteri nak buat kenduri akikah mak. Tengoklahh dulu macam mana. Dah besar sikit pun boleh akikahkan. Dah tua2 pun boleh jugak. Hihi..

No comments: