Sunday, November 13, 2016

Petrosains

Assalamualaikum,

Mehh sini mehh nak cerita pasal Petrosains semalam aku anak beranak pi :)

Asal weekend je kalau tak balik kampung kena jugak pikir mana2 tempat nak berjalan. Ate kebosanan nauu.. Naurah pandang mama - mama pandang Ilyas - Ilyas pandang abah. Jadi mohh ler kita keluar yangg oii. Actually spend time dengan family kat rumah pun dah memadai tapi macam kesian jugaklahh kat anak2 kalau tak bawak berjalan tu. Lagipun antara aku dengan husband aku kot paling kurang masa dengan anak2. Kalau kerja pukul 7malam sampai rumah. Kau rasaaa??!! Stress makk taw

So pikir punya pikir....
Banyak aku bagi cadangan kat husband...
Nak pergi PD - Melaka - Taman Burung KL

Last2 dia pilih Petrosains. Haha!

Last aku pi Petrosains ni masa tahun 6 kot. Zaman sekolah rendah lagi.. tu pun ikut rombongan sekolah.. Kalau nak pi sendiri2 memang tak merasa lahh aku.

Harga tiket kalau dulu RM15 untuk dewasa tapi sekarang RM20. Untuk kanak2 atas 3tahun RM5 je kot.

So ok2 je taklahh mahal sangat.

Tapi aku boleh bagi 2 star je kot dari 5. Huu! Sebab rasanya masa pergi tahun 6 dulu lagi seronok semua benda ada. Sekarang ada yang tengah renovate & banyakkkkk jugak yang under maintenance. Tak seseronok aku pergi masa school dulu. Yelaa masa time sekolah dulu Petrosains tengah famous sangat. Sekarang makin lama makin sendu je orang nak pi. Pergi weekend pun tak ramai orang. Nak masuk kena naik kereta sepintas masa tu.. nak balik pun sama. Tapi time balik kereta rosak kena jalan kaki - naik lift bagai. Haha choii betul. Rosak program!

Tapi ok2 je laa bawak Naurah lari2 dalam tu. Budak tak taw apa seronok laa main lari2 usik sana sini. Apa2 lah nak janji both of you happy :)

Tapi lepas ni Iolls taubat takmo pi lagi sini. Haha! Anak2, jangan cakap mak tak pernah bawak ehh :DD

Haha bye!





2 comments:

Liyana said...

erk yeke x best? akk pegi dulu pun masa darjah 4 hahaha rasa best sgt dah masa tu. hahaha

.hasina. said...

@Liyana zaman kita sekolah2 dulu ye bestt kak.. time tu pun
tgh famous lg. Skng tak best dah huhu